Thursday, June 25, 2009

Libang Libu

Dari sehari ke sehari nak update blog. Tapi idak jugak termampu. Actually, aku baru sehat 90% ni. Dari jumaat minggu lepas mc tak kerja. Seminggu jugak la duduk rumah rehat. Jumaat ni start kerja balik dengan malasnye.huhu.. Ikut kate doctor aku disyaki denggi pada mulenye, orang-orang kampung pulak kate aku kena demam campak. Ape-ape jela kan. Tapi demam kali ni agak teruk jugak. Tak larat nak jalan tu dah pasti. Kepala sakit gile bagai nak pecah. Mata merah menyala. Sendi-sendi lemah cam nak tercabut dan macam-macam lagi la. Paling tak tahan satu badan naik ruam dan gatai-gatai. Adeh!! Yang pasti aku tak kena H1N1 okeyh! Sebelum ade yang gatai mulut cakap baek aku cantas dulu.hehe.. Tapi Alhmdulillah la sekarang da beransur sehat. Aku redha dengan sakit yang Allah nak bagi ni. InsyaAllah pasni still lagi kena jage kesihatan dan berpantang contohnye tak boleh kena hujan dan makan benda-benda gatai apatah lagi kicap yang boleh mendatangkan parut.
Ni nak cite sikit, sebenarnye dekat 5 hari berturut-turut aku pergi hospital ambik darah. Tapi dicucuk sebanyak 7 kali. Seram jugak la hari-hari ambik darah. Bukan takut ke ape ambik darah ni. Tapi aku fobia sket dengan nurse-nurse yang nampak lembut tapi time buat keje ganas ya rabbi. Ari 1st lelaki yang cucuk ambik darah. Nama pun lelaki, sah-sah ganas. Terangkat jugak badan aku. 2nd plak nurse ppuan agak muda, tak cun mane ok. Tapi bestnye tak rase ape time ambik darah tu, itu yang aku suke. Jauh gile beza cam langit & bumi dengan yang 1st.
Hari ke-3 pulak, 2 kali aku amik darah dan nurse yang berbeza yang aku nama kan Nurse A dan Nurse B. Nurse kali ni jangan harap muda. Dekat nak pencen kot dan boleh panggil opah kalo nak. Nurse A tu kasar gile. Nampak lemah gemalai je, ape taknye dah tua.haha..Tapi seyes ganas lagi sakit. Rase sampai ke tulang di cucuk. Rabun kot. Adoi! Lepas beres ambik darah tu aku pergi la bawak ke makmal dan bile dapat result bawak g bilik doctor. Doctor kate darah aku hari ke-3 ni makin pekat dari hari ke sehari. Pastu die suruh pergi lagi ambik darah untuk test “dengue serology” pulak. Aku da cuak dah riso dapat nurse A. Dalam hati “abisla aku di kerjakan…”. Tapi nasib menyebelahi aku. Time aku masuk Nurse A tgh ade patient laen. Nurse B free, so laju-laju aku duduk kat kerusi Nurse B.haha.. Dalam hati berkata lagi “selamat aku..yes..yes!!…” Tapi…ok ke Nurse B tu. Mane tau lebih teruk dari nurse A.huhu.. Alhamdulillah la Nurse B ok dan seyes tak sakit pun.hehe..Tengah aku di ambik darah, Aci india belakang aku yang Nurse A ambik darah die tu tetibe merengek-rengek dan kuo macam-macam bunyi yang amat membuat aku tak tahan nak gelak. Nurse A pulak sebuk cakap, “jangan buat bunyi cam tu aci, nanti itu darah tak mau keluar..” Situasi dorang time tu memang betol-betol kelakar. Keluar je bilik tu aku gelak sorang-sorang. Maksud aku control gelak la, orang ramai time tu kat luar. Dorang pandang-pandang je aku. Pelik gaknye tengok aku gelak sorang-sorang lagi-lagi lepas ambik darah, suke pulak ye. Sampai sekarang bile aku teringat balik confirm aku gelak sorang-sorang. Gelak ok, bukan senyum.haha..Ai, Nurse A..Ko memang ganas!
Hari ke-4 aku pegi lg ambik darah. Masuk-masuk je bilik tempat ambik darah, belom ambik darah lagi aku dah seriau. Ape taknye terpandang Nurse A sebatang kara kat dalam bilik tu. Dalam hati “Alamak, abisla aku..sah-sah die yang ambik darah ni..adoii”.Ape yang di jangka memang berlaku. Masa 1st die ambik darah tu aku tengok die main tarik tali dengan jarum kat lengan kiri aku. Tapi darah idak gak keluo. Siap adjust jarum ketepi ketengah, darah takut jugak nak keluo. Last-last die tarik keluo & ganti dengan jarum laen pergi lengan sebelah kanan aku pulak. Kali ni darah keluo, tapi sikit sangat. Die cam serba-salah & cam nak cucuk lagi. Tapi tak sampai hati agaknya lepas ape yang die buat kat aku tadi.huhu..
Hari ke-5 merupakan hari last aku ambik darah. YahooOOoo! Kali ni Nurse C pulak ambik darah. Die ok je bagi aku. Nurse A ade duduk sebelah tengok je. Die mesti tau aku pergi kat Nurse C sebab fobia die cucuk. Lantak p la, janji lengan aku selamat.haha..Memang la ramai cakap ambik darah tak le sakit mane, tapi kalo nak tau sakit atau tak masa ambik darah tu sebenarnye bergantung kepada Nurse A,B, atau C yang ambik darah kite tu. Lupe pulak, keputusan “dengue serology” aku negative. So, bukan kena denggi tapi campak yang pertama kali aku kena mak cakap masa umur 3 tahun. Sekarang 23 tahun. Harap-harapnye pasni jangan la kena lagi. Wa tak sanggup!!!!!!!!! Sekian! Bubye…=)

Monday, June 1, 2009

Perjalanan. . . . .

Huh….!Rindu..aku cukup rindu. Sekian lama tak update blog. Susah la takde internet kat rumah sendiri ni.huhu..Kat cc tak bole lelama..paham-paham sudah. InsyaAllah sedikit masa lagi. Doa-doakan okeyh!

Sebenarnya terlalu banyak perjalanan yang aku lalui lepas abis belajar nih. Even aku dengan rasminya bebas dari tekanan belajar start 12hb Mei 2009 sampai la sekarang, banyak jugak pengalaman bergelar penganggur ni. Rasenya baru setengah bulan lebih aku menganggur, tapi rasenye macam 1000 tahun (tak tipu ok!). Ramai kate, “ala, rilek r dulu lepak-lepak kat rumah rehat-rehat...bla..bla..bla”. Tapi aku tak rase pun nak duduk rumah yang boleh menaikkan berat badan, tambah isi sane sini dan terus mengingatkan aku tentang sesuatu perkara tu. Aku kena sibuk kan diri dengan kerja-kerja. Adeh! Lagi pun, takde kerja bermakna takde la duit ye tak? Itu lagi merungsingkan kepala hotak aku ni. Macam-macam nak beli dan macam-macam nak buat.

Setakat ni ape kerja aku tak mohon cube cakap. Macam-macam ada!!haha..Yang pasti nak mohon kerja sementara dengan kerajaan memang la jangan harap bagai nak rak. Guru kontrak, Guru sambilan MRSM, Guru sandaran dan ape je berkaitan sementara dengan kerajaan yg diberi gaji RM2000++ semua nak dah konvo aka ade scroll. Siot!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bulan 10 weiiii, lambat lagi tu..waaaaaaaaaaa!!!Peluang dah ade depan mata, tapi sia-sia belaka.

Ape la apiz ni, belajar amik engineering tapi apply sume pasal guru aka cikgu. SUKE ATI AKU OKEYH! Yela..yela..aku story sket eh. Erm bukan ape, berjuta dah aku rase resume di layangkan, dicampakkan dan dilontar sane sini. Tapi ape kan daya tunggu,tunggu dan tunggu. Ade pun yang berjaya masa di interview gaji yang di tawarkan amatla ciput. TERIMA KASIH la yerk! Bukan standard gaji engineer dan selepas di pikir dan tolak itu tolak ini MEMANG TAK BERBALOI. Ala apiz, grab jela jangan memilih. Arghh, diri aku suke ati aku la kan..HUH!

Seyes wei penat apply kerja ni. Saat ini aku memang amat membutuhkan kerja ape-ape jela janji gaji sesuai dan lepas pikir dan tolak itu ini still ok aku rembat jela. Even kerja itu lari atau duduk dalam bidang yang aku belajar kat universiti, aku terima dengan hati yang terbuka. Tak semesti zaman sekarang dan situasi sekarang ni nak kerja ikut bidang yang kita pelajari ye tak? Ini pendapat aku la, pendapat korang aku tak tau dan no komen.

Meh aku kongsi ape kerja yang aku apply setakat ni. Tapi janji jangan gelak apatah lagi ngutuk okeyh!hehe..Selain engineer yang sudah pasti aku apply situ sana sini, aku apply jugak guru ganti yang gaji RM800 lebih sebulan dan kerajaan bagi gaji tu 2,3 bulan lepas tu. Jenuh tu nak tunggu kan. Yang ni bole apply even kerajaan, tapi gaji ikut SPM je dan sikit sudah pasti. Kerja tak la susah mane, ajo budak-budak sekolah menengah dan selalu sangat aku hadapi semua tu. Alah bisa tegar biase. Ewah! Namun, kad jawapan dah dapat.. panggil ntah bila. Lagi-lagi sekarang dah start cuti sekolah 2 minggu. So, LUPEKAN!


Sambil tunggu resume yang berjuta-juta di hantar di panggil interview buat sekian kalinya, aku mohon jugak kerja sementara kat Jabatan Perangkaan Malaysia. Ala, kerja banci membanci dan berkaitan statistik ni. Kalo kena keluar membanci, kena la keluar. Kalo tak duduk jela kat pejabat..itu pun aku dengar-dengar cite la cara kerjanya. Borang dah pun selamat di hantar minggu lepas. Gaji bape ek? Nak tau? sehari katenya RM40.33 dan ikut kawasan. Kalo jauh lagi tambah gajinye. Tapi sekarang aku dah LUPEKAN!

Aku apply jugak kat kilang lama aku. Borang dah selamat jugak di hantar dan dengar cite tengah proses. Aku apply pun sebab terserempak dengan assistant manager HR kat kilang tu masa berjalan-jalan seorang diri kat the store. Dah die tawar nak keje datang kilang, ate aku ape lagi macam orang mengantuk di sorong bantal. Wah! Tapi gaji boleh la seribu lebih dan lebih-lebih lagi kat teluk intan tercinta ni yang kos idup agak rendah. Gaji dah ok dah, kerja pulak masalah dengan cha ya nun alif ni payah sikit. Cukup la masa LI aku hadapi macam-macam kerenah. Kalo agak-agak terdesak dan takde pilihan lain ok la. Tapi dah aku LUPEKAN jugak!

28hb Mei ari tu giant baru bukak kat teluk intan ni. So, macam-macam jawatan yang di tawarkan. Tapi dah penuh semua sebab 11 & 12 hb Mei ari tu interview terbuka dah di buat. Aku sampai teluk intan 12hb malam. Alahai melepas pulak. Tapi, sebelum pembukaan lagi aku dah bertapak kat giant try apply kerja jugak even orang cakap dah penuh..dah penuh..dah penuh!! Bukan salesman, promoter mahupun cashier ok yang aku apply!haha..Tidak mungkin aku memalukan diri apply jawatan tu. Bukan pandang rendah ke ape, tapi muke aku ni tersangat la terkenal kat teluk intan ni (yela, bape buah sekolah aku dah mengajar..dengan bekas-bekas anak murid dan cikgu-cikgu confirm kenal). Kang ade sosek-sosek cakap, “aik, awat cikgu keje kat giant ni..”haha.. Masa pergi kawan kawen baru-baru ni pun jumpa 3,4 orang anak murid yang still kenal & tegur cikgu die yang kacak ni even dekat setahun tak jumpa.wakaka..Lagi la sekarang aku kerja sementara kat pusat tuisyen dan bertambah lagi anak murid yang panggil cikgu. Ala, keje pusat tuisyen pun bukan full time. Ade waktu-waktu yang aku kena datang mengajar. Boleh la buat duit poket sementara tunggu keje full time ni. Form 2, form 3 dan darjah 6 pun aku ade ajo. Tapi semalam bersamaan 31/5/2009 aku LUPEKAN jugak part time kat pusat tuisyen ni.




Kat bawah ni gambar masa Program Skor 5A UPSR kat Tuisyen Ilham Bistari.

Barisan Fasilitator


Budak-budak bakal 5A



lalalala....


Actually, aku nak mintak pendapat bernas dari korang sebenar. Adoi, berat sebenar nak aku taip dan cite kat sini. Segan ade malu pun ade.huhu.. Tapi takpe, aku gagahkan jugak ye! Bismillahirahmanirrahim….Fuhhh! Kan kat atas aku ade cite aku apply giant kan. Aku apply position management, HR dan seangkatan dengannya sebenar. Saje-saje gedik apply & test market. Tak sangka plak lepas 2 minggu apply, 30/5/2009 ari tu HR dorang call suh datang interview pukul 5.30 ptg. Lepas mengajar kat pusat tuisyen pegi la aku jap kat giant dan interview berjalan dengan agak mencemaskan. Yela, aku g gedik cakap nak apply keje kerajaan dimana bulan jun ni da bole start apply dan kalo kemungkinan dapat awal 2010 dan benda tu blom tentu dapat lagi kan. KANTOI la ape lagi! Ha, dah sah-sah die tak nak orang keje sementara and just nak duit je pas tu blah. Adoi, silap aku sebenar. Tapi atas kebijaksanaan aku explain dan dengan jujurnya aku berterus terang aku di terima untuk jawatan “management trainee” selama 6 bulan. Sebulan dapat basic RM1800 camtu. Mula-mula dengar terkejut jugak.


Yela, agak banyak tu dan lebih-lebih lagi kat teluk intan ni. Ok sesangat la bagi aku yang tak grad dan result sem last pun tak keluar lagi ni. Tapi aku mintak masa nak pikirkan dulu, bincang ngan mak abah. Malam tu keputusan di capai dan aku telefon HR manager yang handle giant area northern aka yang interview aku tu. Aku akan cube ambik pengalaman sebanyak mungkin dan dalam masa yang sama aku akan apply kerajaan dan andaikate ade pilihan samada terus keje giant dan dengan kerajaan, aku akan fikirkan nanti, InsyaAllah. Manager tu cakap lepas 6 bulan training, akan diserap untuk jawatan assistant manager dan gaji pun akan di naikkan lagi. Assistant manager ape aku blur-blur lagi. Nanti kalo aku dah betol-betol jelas aku story lagi ok. 2/6/2009 ni start la aku keje kat giant tu. Manager tu cakap setiap bulan ade audit aka macam ujian la. Kena lepas 70% and above. Wah! Ini namenye keje sambil belajar. Ye, MEMANG pun! Banyak bende pasal management yang aku kena belajar. Mampu ke aku yang sah-sah lari bidang ni. Tapi takpe, aku yakin dan cuba ambik pengalaman sebanyak mungkin ye tak? Lagi pun, bukan aku sorang je yang di terima, tapi 7 ke 8 orang cam tu. Manager tu siap pesan masa interview. Die suh pikir masak-masak sebab giant bukan keje yang glemer dan pakai smart-smart. Yela, die pun masa interview aku pakai t-shirt giant je. Die kate gaji die kat giant ni much,much better dari keje kat kilang motorola dulu katenye. Ntah la, sekarang aku just grab peluang yang ade kat depan mata. Yang akan-akan datang lain cite ye tak? Kalo nak pikir orang kampung mengata ke hape memang susah la. Dorang bukan tau ape, kutuk mengata. Kalo kita susah dan tak makan ade dorang nak tolong. Manusia biasa la, lagi-lagi sebangsa dengan kita ni. Hasad dengki tak habis-habis. Aku baru habis belajar ni pun macam-macam aku dah dengar. Tak tau la ape cite kalo pasni dengar aku just keje “Giant”. Adeh! Mau gile bile aku pikir kate-kate orang ni. Sakit hati pun ye. Sabar apiz Sabar! Tapi…..aku bukan jenis boleh bersabar!huhu..


So, sekarang aku pekak kan je kata-kata orang pasal keje yang akan aku lalui ni dalam tempoh beberapa bulan dan mungkin jugak beberapa tahun selagi ape yang aku apply dan harapkan tak berada di dalam genggaman. Doakan yang terbaik untuk aku ye..Moga hari-hari yang aku lalui diberkati olehNYA..Amin. Kalo ade sebarang kata dua nak nasihat atau cadangan ke ape, SILAKAN. Dengan hati terbuka aku terima, InsyaAllah. Jumpa lagi. Bubye!hukhukhuk…