Monday, May 18, 2009

23 Tahun

Alhamdulillah hari ni genap 23 tahun umur aku. Diam tak diam dah 23 tahun berpijak di muka bumi Allah ni. Di umur 23 tahun jugak la aku bakal genggam segulung ijazah yang aku tak jangka pun. Di umur 23 tahun jugak aku kenal erti hidup yang sebenarnya. Dan di umur 23 tahun jugak la aku kenal sape kawan dan sape lawan. Mungkin pada tarikh 18/05 tahun ni bukan semuanya gembira belaka, ada gembira dan ada duka. Biasala, hidup tanpa dugaan tak kan mematangkan kite. Di kesempatan ni aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada mak aku NORMAH BT ESHA yang sangat bersusah payah melahirkan, membesarkan dan melayan kerenah yang telah aku lakukan sepanjang 23 tahun ni. Terima kasih jugak pada abah aku kerana tanpa dia jugak siapa la aku. Sebelum post ni di tulis lagi, aku dah pun mengucap terima kasih kat mak. Bukan untuk membangga diri ataupun geybang sana sini, tapi untuk tunjukkan keikhlasan aku dan betapa aku sayang mak aku. Banyak sangat pergorbanan dia yang tak mampu aku bayar dengan wang ringgit mahupun harta benda. Moga Allah yang membalasnya. Amin!
Ingat lagi mak cite saat-saat dia lahirkan aku. Kepada yang tak tau, aku anak ke-4 sebenarnya. Yang sulung abang aku. Tapi Allah lebih sayangkan dia dan dia meninggal dunia masa di dalam perut mak aku lagi. Dah cukup bulan dan cukup sifat. Kalau panjang umur arwah, dah 26 tahun umur dia. Mungkin aku ada kawan nak bergaduh tak pun berkongsi masalah. Tapi takpe, aku redha dan mak abah aku pun redha. Yg ke-2 & ke-3 gugur dan yang ke-4 adalah aku, Alhamdulillah. Untuk dapatkan aku pun bukan mudah seperti yang di jangka. Terlalu banyak dugaan yang mak abah aku lalui sebelum & selepas aku di lahirkan. Mak kata, time nak lahirkan aku dah terlebih due date sebenar. Masa sampai hospital ipoh, doctor kate anak dalam kandungan dah nak lemas dan kena cepat bersalin. Oleh sebab tu, mak aku terpaksa bersalin secara pembedahan dan bukan secara normal. Mak kate masa bersalin yg 1st ari tu iaitu abang aku secara normal. Mak ade tunjuk parut pembedahan tu, sampai sekarang ade lagi parut tu. Yang lainnye, dulu bukan bedah melintang cam sekarang. Tapi menegak dan mak kate sangat susah nak duduk. Adeh! Tak boleh bayang derita yang mak tanggung.huhu..
Ok sambung balik, masa pembedahan tengah di jalankan mak kate abah cakap doctor suruh pilih samada nak ibu atau anak. Tapi abah kata pilih ibu. Doctor cakap lagi yang mak mungkin tak boleh mengandung lagi atas sebab-sebab tertentu yang panjang berjela untuk di taip kat sini. Abah redha demi keselamatan mak. Bukan tak boleh mengandung lagi, tapi sangat membahayakan nyawa mak aku. Takpe la tak beradik, asalkan mak ade.huhu..Lepas pembedahan, Alhamdulillah dua-dua selamat. Lepas je bersalinkan aku, mak di tempatkan di wad ICU. Runtuh sebenar hati aku time dengar mak cite. Mak kate banyak darah tumpah masa nak lahirkan aku. Hospital pulak tak cukup bekalan darah time tu. So, bersusah payah atok aku yang sekarang dah arwah derma darah untuk mak. Mungkin Allah nak bagi aku rasa belaian seorang ibu dan syukur Alhamdulillah mak selamat. Oleh sebab mak tak boleh mengandung lagi lepas lahirkan aku, itu yang sekarang aku dapat title ‘anak tunggal’. Agak sedih sebab tak dapat merasa ade adik beradik, tapi sekali lagi aku redha. Redha atas ketentuanNYA. Sekarang aku la harapan dorang dan InsyaAllah aku akan jadi yang terbaik sebaik mungkin untuk dorang. Besar tanggungjawab aku sebenar yang ramai tak tau. Baru-baru ni satu dugaan besar datang dalam hidup aku. Lepas aku pikir-pikir, memang takde jodoh antara kami. Terlalu banyak rintangan dan dugaan yang datang. Dia dengan masalah dia dan aku dengan masalah aku. Family dia perlukan dia dan family aku perlukan aku. Andaikata bersama macam-macam masalah yang akan berlaku. Takpe, aku redha sekali lagi. Tumpuan aku sekarang adalah ‘cita-cita’, sesuai dengan umur aku sekarang yang perlu kejar cita-cita dan kumpul harta untuk diri sendiri dan orang lain InsyaAllah. Panjang lagi perjalanan yang aku kena lalui dan pasal jodoh ni aku tak nak pikir lagi. Ade jodoh ade la kan. Bukan bunyi kecewa ke ape, tapi biarla yang sekarang berlalu pergi tanpa tinggal saki baki yang boleh mengundang duka di suatu hari nanti. Ayat tak boleh blah kan. Korang boleh nak gelak ke hape. Yang pasti ini betol-betol luahan dari hati okeyh! Dia call tepat pukul 12 tengah malam tadi wish besday aku. Walau macam mane pun yang ktorang rase, tapi untuk bersama tu memang tak akan la. Sume sebab orang-orang di sekeliling yang tak memahami perasaan dan hati orang lain. Arghhhh, biarkan.... Buat masa ni takde lagi cinta insan dalam jiwa & hati aku..=( So, sila rujuk post 'Bubye' untuk mendapatkan maklumat dan borang okeyh!hehe..
Thanks kepada yang wish besday aku melalui ape jua cara sekali pun. Thanks dengan doa dan harapan yang korang lontarkan. InsyaAllah aku ingat sampai bile-bile. Yang campak hadiah 1,2 tu terima kasih banyak-banyak. Tahun depan rajin-rajin la campak lagi ye. Yang tak pernah campak tu aku tunggu tau.haha..Takde la, doa dari korang pun dah cukup untuk aku. Harta benda tak kekal pun kan. Eceh! Ok la, malas nak cite panjang lebar. Kang orang kate bace novel pulak kan.hehe..Doakan aku sukses dalam hidup ok. Jumpe lagi di post akan datang..Bubye!=)

Monday, May 11, 2009

::. Bubye .:::

Hari ni 11/5/2009 hari terakhir aku duduk melaka ni. Nak balik perak dah pun lepas hampir 4 tahun belajo kat UTeM ni ambik kejuruteraan pembuatan yang agak best ni. Kenape best??macam-macam yang aku belajo. Cume terseksa dengan report-report je la pun. Ok stop pasal tu. Tengah hari kang lepas je ambik report berjilid & submit kat orang-orang yang berkaitan, pulang la aku ke teluk intan, perak tercinta. Tak tau la pasni mane rezeki aku terarah. Perancangan keje ape tu memang ade. Tapi masih di peringkat bincang-bincang dan pikir-pikir. Yela, ade rezeki ade la kan. Janji kite usaha dan pastu tawakal jela...

Sebelum nak balik perak ni, macam-macam la yang mak aku kirim..orang ni pesan..orang tu suruh. 9/5/09 hari tu sempat la merempit (yela orang takde kete) jap pegi klebang nak beli belacan, cencalok, gula melaka & keychain2. Haa, jangan gelak okeyh! Sepanjang aku duduk melaka ni memang tak pernah beli & bawak balik bende-bende tu selain keychain yang berjuta-juta aku beli & sedekah kat sedara mara semua. Perjalanan pegi pantai klebang memang memeritkan. Macam nak terbakor kulit tangan & muka. Tapi takpe aku gagahkan jugak tak mau orang kempunan mahupun kecewa. Pasni memang tak datang la melaka dah. Paling awal pun bulan 10 nanti time konvokesyen.

Aku tak tau la kenape orang cakap belacan melaka sedap. Ape yang sedap sangat teman idak le tau. Rase sama je semua belacan dari negeri mane pun. Maybe yang masak memasak ni tau la kot kan. Takpe, ikut kan jela hajat dan permintaan orang. Lagi 1 aku anak yang baek okeyh! Untung sape mak-mak yang dapat anak cam aku ni. Kepada mak-mak mertua di luar sane, ape lagi. Kalo ade anak-anak yang ade criteria seperti cun (itu wajib), berbudi bahasa, pemalu (bukan tergedik-gedik), bertudung dan paling penting die aku tak reject bole la isi borang permohonan. Tidak tak payah la ye susah-susah buang masa dan tenaga je. Sila amik kat amir ye makcik-makcik semua. Tapi die duduk jauh sikit la kt matahari terbit sane. Ape nak buat die nak jugak jadi PA saye kan. Ok amir, komisyennye ko nak sorang kan?Ececece..gatai!hehe


Sambung balik ke topik yang asal tadi. Masa on da way dari klebang lepas shoping sakan, ternampak la orang dok ramai-ramai beratur kat tepi jalan. Macam sesak la kat situ, di tambah pulak jalan yang agak sempit. Sempat la aku ngan kawan aku stop jap terhegeh-hegeh nak rase "coconut shake" yang macam hot sangat tu. Dekat sejam jugak tercongok kat situ menunggu kawan aku tu beratur beli. Pastu ktorang pun teruskan perjalanan ke masjid selat melaka menikmati coconut shake tu kat sane & solat asar sekali. Sedap siot coconut shake tu. 1st time kot aku rase dan teringin pun sebab nampak cam sedap sangat dan ramai sanggup beratur nak beli kan. Untuk pengetahuan semua aku bukan peminat kelapa atau semua sumber darinye. Tapi haritu aku try jugak la sebab nampak cam sedap ramai no nak beli. Kawan aku cite die bubuh air kelapa, isi kelapa, aiskrim wall vanilla dan air gula dan harge RM1.80 je pun. Berbaloi!

Lepas legakan tekak kami pn solat kt masjid selat melaka ni. Tenang & khusyuk sungguh. 2nd time la masuk kali ni. Ate, dah masjid tepi laut dan angin sepoi-sepoi bahase. Tapi time tu bukan sepoi-sepoi lagi, kepala pun rase nak terbang. Korang bayangkan la sendiri eh. Hehe..Sempat la berposing-posing ambik guna kamera hanset. Pas tu singgah kt Stadthuys jap beli keychain dalam 5,6 ratus ringgit dalam mimpi jela. Pastu ape lagi, PULANG ke rumah dan mandi-mandi dan rilexxxxxxxxx!Sekian..


Kat bawah ni aku letak gambo-gambo berkaitan dengan cerite aku kat atas..Bubye!



ni la ghope keadaan kedai yang x seberape

beratur sume abang, kakak, cik adik, pakcik makcik

jeng..jeng..jeng..ghope 'coconut shake'

-masjid selat melaka- moh ler singgah!

terkenang orang yang jauh di mata, dekat ni hati..lalalala

Thursday, May 7, 2009

Lubang Dalam Hati

4 tahun bukan satu jangka masa yang kejap untuk di lupakan dalam masa 1 hari. Tapi hakikat tetap hakikat. Redha itu perlu dalam situasi sekarang ni. Walau macam mane sedih hati ni, biarla di tanggung sendiri. Nak cakap lebih-lebih pun tak guna. Semua dah berlaku. Tak kan boleh patah balik. Keputusan dah muktamad. Kelu lidah untuk terus berkata-kata. Bak lirik lagu ni..

" Telahku Tinggalkan..Memori Silam Ku Itu..Tidakku Biarkan Hidupku Dibelit Pilu..Walau Duka Menampan Dada..Walau Sepi Mancalar Hati..Rindu Ku Terhenti..Ku Pinggirkan Sayu..Yang Meruntuhkan Kalbuku..Kasih Tulus Ku Biar Berlalu..Ku Pinggirkan Lara..Yang Berpaut Dijiwa..Ku Teruskan Hidup Tanpa Dia..Padam Nyala Patah Tumbuh..Hilang Kan Berganti..Cinta Tiba Cinta Pergi..Biarlah Satu Nanti......"

Cukup la dengan lirik tu semua boleh meneka ape yang terjadi. Malas nak cite lebih-lebih. Sebab terlalu peribadi nak di kongsikan. Cuma secalit kata untuk mengubat hati yang luka. Bukan menabik dada menongak kepala. Tertunduk sayu bagaikan layu. Ape pun yang terjadi hidup mesti kena teruskan. Pahit macam mane pun di luah jangan. Telan dan biarkan pahit tu hilang perlahan-lahan. Semua ni dugaan. Ujian Allah menguji iman...Sekian


Lubang Di Hati - Letto


Ku buka mata dan ku lihat dunia
Tlah ku terima anugerah cintaNya
Tak pernah aku menyesali yang ku punya..

Tapi ku sedari ada lubang dalam hati
Ku cari sesuatu yang mampu mengisi lubang ini
Ku menanti jawapan apa yang dikatakan oleh hati..

Apakah itu kamu apakah itu dia
Selama ini ku cari tanpa henti
Apakah itu cinta apakah itu cita
Yang mampu melengkapi lubang di dalam hati..

Ku mengira hanya dialah ubatnya
Tapi ku sedari bukan itu yang kucari
Ku teruskan perjalanan panjang yang begitu melelahkan
Dan ku yakin kau tak ingin aku berhenti...

Apakah itu kamu apakah itu dia
Selama ini ku cari tanpa henti
Apakah itu cinta apakah itu cita
Yang mampu melengkapi lubang di dalam hati...



Hadis:

"Dari Abdullah bin Amru bin ash katanya dia mendengar Rasulullah bersabda " Allah Taala telah menetapkan segala ketetapan (takdir) bagi seluruh makhluk, lima puluh ribu tahun sebelum diciptakanNya langit dan bumi dan ketika itu 'Arasy Allah Taala berada di atas air "



Tuesday, May 5, 2009

~Tanggal 5/5/2009~


Minggu ni minggu aku touching-touching. Buat benda ni sebak. Buat benda tu sebak. Sebak je kejenya. Orang nak kate poyo. Pegi mampus sape yang kate sedemikian. Ewah, lancang ko apiz. Lancang tak lancang aku pedulik hape. Ok stop kat situ. Tadi pesent dengan selamat dan jayanya. YeaAAaaaaaaaaa! Puas+lega gile r. Penantian aku selama ni da lepas dan aku seronok dengan ape yang berlaku tadi. Badan terasa ringan, otak terasa lapang, dada terbuka luas dan jiwa tenang bak air di kali wah! Lepas je pesent & melangkah keluo rase sebak dan terharu sangat. Nak tertitis jugak la air mata berharga ni. Tapi control macho itu penting walau pada hakikatnya kemachoan itu ramai yang nafikan. Sebabnya? Ape lagi kalo bukan hasad dengki manusia. Hahaha.. Tapi satu je, berjuta-juta soalan yang PM Chong & Mr Johny tanye tadi. Bertalu-talu aku di bedil. Mujur perisai yang di sarungkan ke badan begitu power sekali. Jenuh nak tunggu bile la nak stop soal ni. Penat menjawap. Sangat-sangat penat. Adeh!

Paling kelako die tulis kat report 'good' (bukan untuk membangga diri ye..sumpah!). Ape yang good aku pun tak tau. Sampai sekarang stil tertanye-tanye sendiri. Bagus sangat ke. Aku rase biase-biase je dan aku pun tak berapa puas hati dengan report psm aku ni sebenar. Banyak sangat kelemahan sane sini. Lantak p la. Org nak kate, kite tak bole nak tolak. Lagi-lagi ia benda yang baek ye tak. Siap suh bagi die 1 copy yang siap berjilid. Lor, awak tu panel je Mr Johny oii. Sepatutnya tak perlu okeyh! Saje nak memokaikan aku yang sedia maklum tengah pokai ni. Takpela, duit boleh di cari. Arap-arapnya ok la markah yang dorang berdua tu bagi. Esok aka 6/5 jumpe Dr Rizal amik report yang die dah tanda & betolkan. Lepas tu buat pembetulan sikit-sikit kat mane yang perlu dan print untuk hantar untuk di jilidkan pulak. Sume macam ade 4 copy yang aku kena buat. Uish, itu pun da bape ringgit abis. Takpe-takpe, bukan selalu kan (utk sedapkan hati). Kirenya pasni abis la sudah tugas aku sebagai pelajar kat UTeM ni. Ape pun aku nak war-war kan kat semua orang yang sekarang hati aku L.E.G.A sesangat. Syukur Alhamdulillah! Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tak langsung serta yang tak jemu-jemu bagi semangat+kekuatan+sokongan dalam aku menyiapkan project ni. Itu semua sangat saye hargai. Tq soooo much!


muka ceria+lega tergambar lepas pesent..

p/s: Doakan aku/saye/apiz dapat kerja yang menjamin masa depan diri dan keluarga ye lepas ni! Amin...=) Sekian. Bubye!