Alhamdulillah hari ni genap 23 tahun umur aku. Diam tak diam dah 23 tahun berpijak di muka bumi Allah ni. Di umur 23 tahun jugak la aku bakal genggam segulung ijazah yang aku tak jangka pun. Di umur 23 tahun jugak aku kenal erti hidup yang sebenarnya. Dan di umur 23 tahun jugak la aku kenal sape kawan dan sape lawan. Mungkin pada tarikh 18/05 tahun ni bukan semuanya gembira belaka, ada gembira dan ada duka. Biasala, hidup tanpa dugaan tak kan mematangkan kite. Di kesempatan ni aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada mak aku NORMAH BT ESHA yang sangat bersusah payah melahirkan, membesarkan dan melayan kerenah yang telah aku lakukan sepanjang 23 tahun ni. Terima kasih jugak pada abah aku kerana tanpa dia jugak siapa la aku. Sebelum post ni di tulis lagi, aku dah pun mengucap terima kasih kat mak. Bukan untuk membangga diri ataupun geybang sana sini, tapi untuk tunjukkan keikhlasan aku dan betapa aku sayang mak aku. Banyak sangat pergorbanan dia yang tak mampu aku bayar dengan wang ringgit mahupun harta benda. Moga Allah yang membalasnya. Amin!
Ingat lagi mak cite saat-saat dia lahirkan aku. Kepada yang tak tau, aku anak ke-4 sebenarnya. Yang sulung abang aku. Tapi Allah lebih sayangkan dia dan dia meninggal dunia masa di dalam perut mak aku lagi. Dah cukup bulan dan cukup sifat. Kalau panjang umur arwah, dah 26 tahun umur dia. Mungkin aku ada kawan nak bergaduh tak pun berkongsi masalah. Tapi takpe, aku redha dan mak abah aku pun redha. Yg ke-2 & ke-3 gugur dan yang ke-4 adalah aku, Alhamdulillah. Untuk dapatkan aku pun bukan mudah seperti yang di jangka. Terlalu banyak dugaan yang mak abah aku lalui sebelum & selepas aku di lahirkan. Mak kata, time nak lahirkan aku dah terlebih due date sebenar. Masa sampai hospital ipoh, doctor kate anak dalam kandungan dah nak lemas dan kena cepat bersalin. Oleh sebab tu, mak aku terpaksa bersalin secara pembedahan dan bukan secara normal. Mak kate masa bersalin yg 1st ari tu iaitu abang aku secara normal. Mak ade tunjuk parut pembedahan tu, sampai sekarang ade lagi parut tu. Yang lainnye, dulu bukan bedah melintang cam sekarang. Tapi menegak dan mak kate sangat susah nak duduk. Adeh! Tak boleh bayang derita yang mak tanggung.huhu..
Ok sambung balik, masa pembedahan tengah di jalankan mak kate abah cakap doctor suruh pilih samada nak ibu atau anak. Tapi abah kata pilih ibu. Doctor cakap lagi yang mak mungkin tak boleh mengandung lagi atas sebab-sebab tertentu yang panjang berjela untuk di taip kat sini. Abah redha demi keselamatan mak. Bukan tak boleh mengandung lagi, tapi sangat membahayakan nyawa mak aku. Takpe la tak beradik, asalkan mak ade.huhu..Lepas pembedahan, Alhamdulillah dua-dua selamat. Lepas je bersalinkan aku, mak di tempatkan di wad ICU. Runtuh sebenar hati aku time dengar mak cite. Mak kate banyak darah tumpah masa nak lahirkan aku. Hospital pulak tak cukup bekalan darah time tu. So, bersusah payah atok aku yang sekarang dah arwah derma darah untuk mak. Mungkin Allah nak bagi aku rasa belaian seorang ibu dan syukur Alhamdulillah mak selamat. Oleh sebab mak tak boleh mengandung lagi lepas lahirkan aku, itu yang sekarang aku dapat title ‘anak tunggal’. Agak sedih sebab tak dapat merasa ade adik beradik, tapi sekali lagi aku redha. Redha atas ketentuanNYA. Sekarang aku la harapan dorang dan InsyaAllah aku akan jadi yang terbaik sebaik mungkin untuk dorang. Besar tanggungjawab aku sebenar yang ramai tak tau. Baru-baru ni satu dugaan besar datang dalam hidup aku. Lepas aku pikir-pikir, memang takde jodoh antara kami. Terlalu banyak rintangan dan dugaan yang datang. Dia dengan masalah dia dan aku dengan masalah aku. Family dia perlukan dia dan family aku perlukan aku. Andaikata bersama macam-macam masalah yang akan berlaku. Takpe, aku redha sekali lagi. Tumpuan aku sekarang adalah ‘cita-cita’, sesuai dengan umur aku sekarang yang perlu kejar cita-cita dan kumpul harta untuk diri sendiri dan orang lain InsyaAllah. Panjang lagi perjalanan yang aku kena lalui dan pasal jodoh ni aku tak nak pikir lagi. Ade jodoh ade la kan. Bukan bunyi kecewa ke ape, tapi biarla yang sekarang berlalu pergi tanpa tinggal saki baki yang boleh mengundang duka di suatu hari nanti. Ayat tak boleh blah kan. Korang boleh nak gelak ke hape. Yang pasti ini betol-betol luahan dari hati okeyh! Dia call tepat pukul 12 tengah malam tadi wish besday aku. Walau macam mane pun yang ktorang rase, tapi untuk bersama tu memang tak akan la. Sume sebab orang-orang di sekeliling yang tak memahami perasaan dan hati orang lain. Arghhhh, biarkan.... Buat masa ni takde lagi cinta insan dalam jiwa & hati aku..=( So, sila rujuk post 'Bubye' untuk mendapatkan maklumat dan borang okeyh!hehe..
Thanks kepada yang wish besday aku melalui ape jua cara sekali pun. Thanks dengan doa dan harapan yang korang lontarkan. InsyaAllah aku ingat sampai bile-bile. Yang campak hadiah 1,2 tu terima kasih banyak-banyak. Tahun depan rajin-rajin la campak lagi ye. Yang tak pernah campak tu aku tunggu tau.haha..Takde la, doa dari korang pun dah cukup untuk aku. Harta benda tak kekal pun kan. Eceh! Ok la, malas nak cite panjang lebar. Kang orang kate bace novel pulak kan.hehe..Doakan aku sukses dalam hidup ok. Jumpe lagi di post akan datang..Bubye!=)